Reka Bentuk Dan Pembangunan Permainan



Updated: 08/05/16

Assalamualaikum semua..... Sihat? Dah lama rasanya tak menaip kat blog ni kan. hurmh.. Hari ni nak cakap pasal satu kursus yang mungkin tak berapa ramai yang tahu. Kursusni ada ditawarkan di UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mungkin ramai yang tak nampak kursus ni kat upu kan? hehehehe...

Nama kursus tu Reka Bentuk Dan Pembangunan Permainan atau dalam bahasa Inggerisnya Game Design And Development. Siapa dapat kursus ni kat upu 2013/2014? Haaaa..beruntunglah korang sebab dipilih untuk masuk kursus ni. Kat Upsi pulak tu....hehehehehe.....
Siapa-siapa yang dapat tu mesti tertanya-tanya "kursus apa yang aku dapat ni?" Betul tak? hehehehe.. tak semualah fikir macam tu.... Ade jugak yang suka sebab memang minat.....Okay, memandangkan ini adalah kursus terbaru yang ada di IPTA kat Malaysia ni, mesti ramai pelajar lepasan SPM kurang mengetahui serba sedikit tentang kursus ini. Apakah yang ditawarkan? Kursus ni berada di bawah Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif(FSKIK). Kalau nak tau kursus ni satu-satunya kursus diploma bawah FSKIK....bangga? Mestilah...Anak emas......heheheheeh...
Mesti agak ramai la yang fikir ni kursus macam sukan, buat permainan(toys), lego dan macam-macam lagi. Sebenarnya kursus ini menawarkan pelajaran multimedia yang menjurus kepada video game development... So, kena belajar multimedialah.. Bukan sukan nak berlari kat padang ye..hhehehehe... duduk dalam lab, bilik kuliah aircond lagi..huhuhuhu....
ok sekarang nak cerita pasal kursus ni sikit-sikit.:-



  1. Pengenalan
    • Program ini digubal untuk melahirkan graduan  yang berkompetensi dalam menimbangi teori, kemahiran dan amalan dalam reka bentuk dan pembangunan permainan serta menekankan  pemupukan nilai, sikap dan etika di samping menyediakan graduan peluang dan ruang pekerjaan separa-mahir dalam industri permainan serta meningkatkan kesarjanaan.
     2.  Struktur Program
    • Program dua tahun ini menyepadukan konsep asas dalam reka bentuk dan pembangunan permainan dengan aspek teknikal dan kreativiti bagi sains komputer dan reka bentuk. Di antara kursus yang terlibat adalah seperti disenaraikan di bawah:
Kursus yg terlibat


   3.  Peluang Kerjaya
    • Juruaturcara Permainan
    • Pereka Seni
    • Pembangunan Permainan 
    • Penulis Skrip
    • Pereka Karakter 
    • Pereka Tekstur 
    • Pereka Konsep
    • Animator Permainan
    • Prereka Prop
    • Usahawan Permainan 
    • Pemasar Permainan
    • Pembangun Permainan Web/Online
    • Pemodel  
    • Pengarah Kreatif dan sebagainya dalam industri permainan digital.


Sesiapa yang dapat kursus ni silalah tinggalkan komen anda. Jangan malu-malu untuk bertanya.. ^_^

assalamualaikum....

Sumber dari:  http://fskik.upsi.edu.my/~fskik/images/M_images/NEWS/senarai.pdf


kalau boleh silakan like page: Game Design and Development


maaf jika ada tersilap....sila betulkan...terima kasih...



Next PostNewer Post Home

87 comments:

  1. minta course tu ( even xthu pun pemendenye ) tp xthu diterima ke x.
    thanks 4 ur information~

    ReplyDelete
    Replies
    1. alright Ayahanda de Abnormal. btw sorry for late reply ur comments.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara....peluang utk sambung pendidikan RBT boleh tak utk kursus reka bentuk dan permainan.

      Delete
  3. trimas.....sy pilih nie pilihan ke 2 upu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah. anda tela memilih utk menjadi salah satu game developer di Malaysia.saya harap anda berjaya suatu hari nanti dalam course ini. terima kasih komen.^_^

      Delete
  4. menarik sungguh course ni...saya akan pilih course ni..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah juga..saya harap anda dapat memberi komitmen dalam kursus ini nanti.. Dalam kursus ni nanti anda aka berjumpa dengan pensyarah dan tutor yang ramah. selamat menjadi warga game developer.

      Delete
  5. thanks..akhirnye dapat gak tau detail tentang course ni...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome. anda juga memilih course ini? jika ya..selamat datang. ^_^... dan jangan lupa untuk like page---->https://www.facebook.com/pages/Game-Design-And-Development/385652028116445?ref=tn_tnmn

      Delete
  6. di MAlaysia ada memerlukan game designer tak ? saya memilih course ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia banyak jenis designer.. kena bersaing,.. biasalah..hehehe..tapi Malaysia memerlukan programmer.. kita akan belajar juga kursus berkaitan programming.. gud luck... ^_^

      Delete
  7. actly sya tertarik dengan course ni dan nmpak best.. btw, tq for ur information

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Baguslah klau mcm tu.. ada senior2 yang banyak akan membantu..pensyarah2 juga.. ^_^ jika berjaya memilih kursus ni selamat datang. ^_^

      Delete
  8. menarik kos ni...saye pun mohon kos ni tapi pilihan kedua...terima kasih untuk information yg berguna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke..mohon sesi keberapa tu? 2013/2014 ye?

      Delete
  9. Replies
    1. owh..orait2...kalau dapat tu alhamdulillah... ^_^

      Delete
  10. sistem pmblajaran mcm mne ye?lebih kpd ap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem pembelajaran ada dua bahagia. Pertama kelas Pensyarah. Kedua kelas Tutorial. :)

      Delete
  11. Replies
    1. Okay.. video game mcm ps4, xbox, PC dan mcm2 lagi

      Delete
  12. course ni mcm mne ea? gaming uh er?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Design dan develop game. belajar bnyak pasal mutimedia

      Delete
  13. lepas habis diploma ni,, boleh sambung kt mane lg???

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu keputusan anda sendiri untuk menentukan kemana anda ingin pergi. Jika sambung untuk belajar banyak universiti yg tawarkan game course antaranya di UTeM dan beberapa Universiti yang lain lagi.

      Delete
  14. course ni dah berapa tahun ditubuhkan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa lama ditubuhkan di upsi ?? :)

      Delete
    2. kursus ini telah ditubuhkan selama 3 tahun. dan saya merupakan batch pertama utk kursus ini.

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. sy ske maen game, tp game2 mcm dota, lol dan seangkatannye sy xpenah maen... bleh ke amik bidang ni?

    ReplyDelete
  17. Sesiapa yang ambil kos ini sangat beruntung.
    Siapa tahu korang bole bekerja di syarikat-syarikat pembina game terkenal di dunia
    seperti Ubisoft,Blizzard,Electronic Arts,Bethesda Softwork, Square Enix dan banyak lagi. Kalau ragu2 nak amek kos ni cube tgok dulu game yg telah dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar tersebut. Stakat Dota dan Lol to baru sedikit. Explore lagi dunia permainan video ni. Bile korang da tgok pastu korang teruja dan kagum. Ya Allah, andai kata dapat aku undurkan wktu, aku nak sangat amek kos ni sebab aku sendiri adalah gamers dan sambil bermain video game aku akan explore sekali tentang dunia video game ni. Aku sekarang belajar tentang Diploma In Industrial Design di Melaka. Agak2 bole x aku smbung degree nnti dengan kos Game Design and Development ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alright.. game design dalam degree sedang dalam proses.. masih belum dpat di tawarkan utk ambilan ini. Insyallah jika tiada yg menghalang. dalam february 2014 akan ada degree game design dengan kepujian di UPSI..
      jika anda lebih berminat dalam game developing anda boleha apply d UTEM. ^_^

      Delete
    2. Bro Arif Affandi.. Kita senasib huhu! Amek Industrial Design jgk tp hakikatnya minat sgt ngan game development! Dulu mohon UPU tak nampak pun course ni :(

      Delete
    3. Bro Arif Affandi.. Kita senasib huhu! Amek Industrial Design jgk tp hakikatnya minat sgt ngan game development! Dulu mohon UPU tak nampak pun course ni :(

      Delete
  18. hi nak tanya psl ni . sbb saya dpt diploma dalam ni d upsi .bole tak jelas kan mengenai bidang ni ? bole email saya di shahfeenazshanaz@yahoo.com
    harap dapat dibalas secepat mungkin.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay. thanks sebb komen :)
      bidang ini lebih kepada developing and designing game..
      jika anda pernah bermain game seperti angry bird, flappy bird dsb...game sedemikain dapat di buat oleh anda sekiranya anda berminat.. ^_^

      Delete
  19. anak saya dapat twaram course ni. tapi dia tak tahu pape pasal bende ni. subjek ape yg akan dipelajari?

    ReplyDelete
  20. ap y best tentg subjk ni?
    adk sy skrg tgh bljr stpm..tp dpt twrn ni n dia nk g...sdgkn reslt trial stpm utk subjk ict fail..
    cam ne ek? ap pndgn awk.

    ReplyDelete
  21. dia macam buat game online ke?ohye tolong balas dekat email ye
    natashahnurul23@gmail.com saya tak de masa sangat nak online ni :)

    ReplyDelete
  22. hur,mmm saya dpt tawaran ni. and nak pergi sgt2. tpi mak saya ckp bidang melalikan and buat tambah dosa je.. apakah benar kata mak saya?

    ReplyDelete
  23. Hmmm. Kalau bg yang minat bidang ni tapi tak tahu nak main game mcmmna pulak ?

    ReplyDelete
  24. Saya nak tanye.
    Adakah bidang ni perlu temuduga?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  25. Saya nak tanye.
    Adakah bidang ni perlu temuduga?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  26. klau org yg mmg kaki game mcm saya ni masuk course ni,ada advantage x? i mean akan ada difficulty tak spnjang pembelajaran?

    ReplyDelete
  27. klau org yg mmg kaki game mcm saya ni masuk course ni,ada advantage x? i mean akan ada difficulty tak spnjang pembelajaran?

    ReplyDelete
  28. salam

    belajar memanglah perlukan minat, bila minat pasti mudah capai CGPA terbaik... untuk sambung ke peringkat digree...ramai bertanya peluang kerjaya selepas habis belajar di sini bagaimana?... selain UPSI sy telah google ada beberapa kolej dalam negara sudah buat diploma yang sama... sebagai graduan batch pertama dalam kursus ini pastinya ramai kami di luar sini nak tahu perkembangan adik & rakan adik kini yang telah abis belajar, kini berkerja di mana?...

    Masih banyakkah peluang berkerja di bidang ini menjelang tiga tahun lagi... sebab anak sy akan sertai kursus tahun ini...

    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  29. salam..maaf..sya nk tnya, kos ini peringkat dip kan, jd selpas ni klaunk sambyng degree ada x universiti kerajaan yang akan menerima pelajar dari aliran ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Terima kasih sebab bertanya. Ya ada University kerajaan akan terima. InshaAllah.

      Delete
  30. Assalamualaikum. Nak tanya, lepas habis diploma dalam course ni, apa contoh course yg nak sambung degree nanti yg berkaitan dgn game design and development ni? Lepas tu macam mana nak sambung belajar kat overseas seperti uk? Sambung lepas habis diploma tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  31. Hi saya ade terima course ni kat upu online so camna nak teruskan apply course reka bentuk dan pembangunan permainan? Lagi satu course ni memerlukan high skill mathamatic sbb saya x pandai sgt calculation nie?

    ReplyDelete
  32. Saya baru dapat and daftar 30hb ni, nak tanya belajar ni mmg pakai laptop je ke ?

    ReplyDelete
  33. Boleh tak tuan senaraikan keperluan software dan hardware serta spec min laptop yg diperlukan utk kursus ini? Tk.

    ReplyDelete
  34. Dalam slip temuduga ada tulis bawa portfolio.Portfolio tu kena buat sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye. I pun nak tanya the same thing. Btw, goodluck iv nnt. Jumpa dkt sana bro

      Delete
    2. saya akan bawa portfolio seni reka saya semasa stpm...lebih baik korang tanya cikgu korang nak bawa portfolio ape masa temu duga

      Delete
  35. admin...masa temuduga nanti dia minta peserta melukis ke? sebab masa temu duga 2 jam 30 minit? harap admin balas secepat mungkin

    ReplyDelete
  36. Baru2 ni MDEC ada umumkan Bandai Namco, syarikat ternama kt Jepun, dh bukak Bandai Namco Studio Malaysia, so skang ni pun job hiring dia pun terbuka luas, mungkin ni salah satu option kalau habis Diploma or Degree dlm bidang ni, Bandai Namco Studio Malaysia kt Kuala Lumpur kalau x silap...

    ReplyDelete
  37. Hi , saya baru dapat result UPU tengah hari tadi , & saya dapat course ni .saya masih ragu2 sama ada saya boleh bawa atau tidak course ni ,is it normal kalau perempuan dapat course ni , sebab ingat course ni untuk lelaki saja hehhehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan, tiada istilah perempuan atau lelaki. sebabnya kursus ini terbuka kepada semua. setahu saya, pengambilan sebelum-sebelum ini juga ramai daripada perempuan.

      Delete
  38. Kos ni 6 sem utk 2 tahun ke???

    ReplyDelete
  39. Kos ni 6 sem utk 2 tahun ke???

    ReplyDelete
  40. untuk siapa yg keliru kos ni. saya amik kos reka bentuk permainan digital dkat upsi. untuk degree 8 sem iaitu 4 tahun. yang tanya ssuai psal jantina. alhamdulillah kelas saya stabil lelaki dan perempuan. sbb kos ni x berat pon. siapa yang minat boleh je mohon. klau diploma upsi dipggil pembangunan permainan digital. manakala degree plk mnjdi reka bentuk permainan digital.

    ReplyDelete
  41. syukur sebab jumpa website ni saya memang nak jadi game designer tapi tak paham maksud reka bentuk dan pembangunan permainan tu thank you for showing me this

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Adam Senpai. Terima kasih sebab singgah website saya. Secara terjemahan, reka bentuk dan pembangunan permainan memberi erti game design and development dalam bahasa Inggeris.

      Untuk fahaman lain reka bentuk dan pembangunan permainan ni ialah gabungan game design dan game development. Saya pecahkan kepada dua bahagian.

      Satu bahagian game design. Game design biasanya akan belajar perkara yang melibatkan designing sebagai contoh rekabentuk level, character, environment, dan design rules, goals dan juga challenge dalam sesebuah game. Banyak element dalam game design ni boleh kita belajar.

      Satu bahagian lagi, game development. Game development ni process dalam penghasilan sesebuah game. Kebanyakkannya akan belajar untuk programkan game. Jadi akan belajar beberapa asas programming untuk menggerakkan game yang dihasilkan ni. Dalam game development ni jugak akan tahu mcm mana kita nak decide program atau software yang sesuai umtuk digunakan dalam penghasilan game.

      Jadi itulah rekabentuk dan pembangunan permainan secara ringkas. Harap-harap komen balas saya membantu.

      Terima kasih. :D

      Delete
  42. Hmm saya nak tanya adakah kos ini memerlukan bakat seni?sbb saya ni bkn orang seni sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika awak ada bakat dalam seni, itu adalah bonus. Tapi, jangan risau banyak lagi aspek dan yang difokuskan. Walaubagaimanapun, akan ada subjek yang melatih awak untuk mendalami seni. Saya doakan awak berjaya! Jangan putus asa!

      Delete
  43. Nak mintak kos ni tapi kena interview . Interview dia mcm mana ? Tanya apa? Buat apa je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk bahagian interview saya tak pasti macam mana dia punya proses. Tapi apa yang penting awak perlu yakin yang awak boleh. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Fakulti Seni, Komputeran dan Industry Kreatif, UPSI. Di sana awak boleh cuba hubungi jabatan yang berkenaan untuk persoalan awak ni. Saya doakan awak semoga berjaya.!Tahniah atas minat awak dalam bidang ni.

      Delete
  44. Hi , saya lepasan stpm tp tak pernah blajar IT atau programming ,tp saya blajar seni . Hajatnya nak minta kos ni tp bagaimana pula dgn iv nanti? Apa yg diperlukan untuk bawa ke iv nanti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau, awak dah ada satu kelebihan di situ. Cabang yang awak boleh pergi nanti luas dan bukan terhad kepada game development sahaja. Ada character design dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Fakulti Seni, Komputeran dan Industry Kreatif, UPSI. Di sana awak boleh cuba hubungi jabatan yang berkenaan untuk persoalan awak ni. Saya doakan awak semoga berjaya.! Tahniah atas minat awak dalam bidang ni.

      Delete
  45. Nak tanya macam mana nak buat portfolio permainan digital

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Boleh gunakan pelbagai platform. Contohnya Blog, Instagram, Facebook dll. Game boleh diupload di GameJolt, Playstore atau Appstore. :D

      Link GameJolt: https://gamejolt.com/

      Delete
  46. Terima kasih atas maklumat yang diberi... tetapi apakah itu portfolio dan macam mana nak sediakan? Selain itu, apakah portfolio yang diperlukan untuk temuduga kursus ini? Saya dipanggil untuk temuduga kursus ini. Harap2 saudara dapat menjawab pertanyaan saya... Sekian tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Baik untuk portfolio tu senang saja. Awak perlu sediakan artworks, apa saja design atau kerja semasa temuduga tu nanti. Contohnya, kalau awak ada lukisan yang awak buat, bawa saja. Kalau, ada graphic design yang pernah buat pun boleh bawa. Senang kata, ianya hasil kerja yang pernah awak buat sebelum ni. :)

      Harap- harap saya menjawab pertanyaan.

      Delete
  47. Terima kasih banyak2 ats maklumat yg diberikan. Saye pn mahu brtanye tntang portfolio tu. Klau nk bwk digital drawing kene print dulu ker? Klau bwk short story pn bole ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga maklumat yg saya kongsikan bermanfaat pada semua :). Portfolio boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Satu dalam bentuk digital, iaitu blog, website dan lain2 platform. Satu lagi dalam bentuk cetakan (cara tradisional). Boleh pilih ikut keselesaan dan kemampuan masing-masing.

      Short story pun boleh je bawa. Tunjukkan apa hasil kerja yang korang dah pernah buat. :) Hopefully, dapat membantu.

      *mcm seronok je shortstory, bolehlah share :P

      Delete
    2. Ohh, terime kasih skali lagi. Yup, memang bergune maklumat2 yg diberi.

      *short story tu kalau nk bace bole laa pergi kt link nii.
      https://www.wattpad.com/myworks/191476729/write/747790348

      Delete
    3. Silap link plk.. Link yg ni haa.
      https://www.wattpad.com/747790348-negativity-short-story-negativity

      Delete